INFO BAHASA



Penulisan C
Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Contoh 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.
Contoh 2
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.
Contoh 3
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru
Contoh:
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.  Setelah  menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan.  Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.  Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku.  Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas.  Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya.  Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria
Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan
Bangun awal pagi – disiplin diri
Menolong ibu di dapur
Bersarapan bersama – kasih sayang
Bersalam – menghormati orang tua
Rajin / tidak suka membuang masa
Suka kepada kebersihan
BAHAGIAN C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
Ini, kita mestilah……………………(huraian/contoh).
Seterusnya, kita haruslah……………………
…………………………….(huraian/contoh)………………
Di samping itu, kita hendaklah…………………
(huraian/contoh)………………………………………..
Selain itu, kita mestilah ……………………….
……………………………..(huraian/contoh)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita wajarlah……………………….(huraian/contoh)
……………………………………………………………..










KAEDAH PENGAJARAN PRABACAAN:
 KAEDAH ABJAD
 KAEDAH FONIK
 KAEDAH PANDANG SEBUT
 Murid menghafaz bentuk huruf menurut
susunannya, iaitu a – a (menerusi
nyanyian, kad, kertas pasir, plastisin dsb)
 Setelah itu, dibunyikan huruf vokal dan
digabungkan dengan huruf konsonan bagi
embbbentuuuk suku kata:
b  +  a   ba
b  +  i    bi
b  +  u   bu
 Penggabungan suku kata bagi membentuk
perkataan.
bu  +  ku   buku
ku  +  ku   kuku
du  +  ku   duku
 Pembacaan ayat-ayat mudah yang
perkataannya berupa kv + kv
Busu baca buku
Buku Busu biru.
Buku Busu baru.BACAAN AWAL | 3
 Murid meng



Kata Ganti Nama:

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diriGanti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)












Kata Ganti Nama Tunjuk:Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.


Kata Ganti Nama:Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri PertamaPenggunaanContoh Ayat
AkuMerujuk kepada diri sendiriAku hendak pergi ke perpustakaan
BetaDigunakan oleh kerabat dirajaBeta berharap negara bertambah maju dan makmur.
HambaMerujuk kepada diri sendiri"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
KitaMerujuk diri sendiri dan diri orang kedua"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
KamiMerujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
SayaMerujuk diri sendiriSaya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

Kata Ganti Nama Diri KeduaPenggunaanContoh Ayat
AndaMerujuk diri orang keduaAnda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
AwakMerujuk diri orang keduaAwak disuruh membersihkan bilik darjah.
EngkauMerujuk diri orang keduaEngkau hendak pergi ke kedai buku?
KamuMerujuk diri orang keduaKamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri KetigaPenggunaanContoh Ayat
BeliauDigunakan untuk merujuk orang yang dihormatiBeliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
BagindaDigunaan untuk kerabat dirajaBaginda telah berangkat ke luar negeri.
DiaDigunakan untuk diri orang ketigaDia datang awal ke pejabat sekolah
MerekaBilangan orang lebih daripada seorangPentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.



No comments:

Post a Comment

Jumlah Pelawat