Monday, February 18, 2013

BM: BENTUK & GOLONGAN KATA


BENTUK KATA DAN GOLONGAN KATA.

1. DEFINISI UMUM
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa samada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala, Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Dalam bahasa Melayu, kedua-dua ini dikaji melalui bidang morfologi.

2. BENTUK KATA
Terdapat empat proses pembentukan kata dalam bahasa melayu sebagaimana berikut:
A) bentuk kata tunggal
B) bentuk kata terbitan
C) bentuk kata majmuk
D) bentuk kata ganda

2.1 Bentuk Kata Tunggal
Bentuk kata ini tidak menerima sebarang imbuhan serta tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal iaitu:
-kata tunggal satu suku kata (KV,VK,KVK,KKVK,KVKK,KKV,KKKVK)
-kata tunggal dua suku kata atau lebih (V+KV,,KV+V+KV,KV+KV+VK+KV)
Dalam artikel yang saya kaji, terdapat beberapa contoh bentuk kata tunggal yang digunakan. Antaranya:
• Kata tunggal satu suku kata:
-dan
-ke
• Kata tunggal dua suku kata atau lebih
-jasa
-pendekar
-masyarakat
-budaya
-negatif


2.2 Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
- Awalan (Hadir sebelum kata dasar)
- Akhiran (Hadir sesudah kata dasar)
- Apitan (Hadir secara mengapit kata dasar)
- Sisipan (Hadir di celahan kata dasar)
Artikel yang saya pilih banyak menngunakan kata-kata terbitan, sebagaimana berikut:
• Awalan
-berusaha
-seimbang
-sejumlah
-berleluasa
• Akhiran
-kerahan
-renungan
-bahkan
• Apitan
-bersesuaian
-kedatangan
-kematangan
-membudayakan
-menyemarakkan
-menggalakkan
-memperuntukkan

2.3 Bentuk Kata Majmuk
Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih. Bentuk kata majmuk membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok, iaitu:
- Kata majmuk daripada rangkaian kata bebas
- Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
- Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan
Antara kata majmuk yang digunakan dalam hasil karya Shukri Bin Janudin ialah:
• Kata majmuk daripada rangkaian kata bebas
-para belia
-pejuang bangsa
-sentimen politik
• Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
-Silat Cekak
-agama Islam

2.4 Bentuk Kata Ganda
Proses yang menggandakan kata dasar akan menghasilkan bentuk kata ganda. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
- Penggandaan penuh (menggandakan keseluruhan kata dasar)
- Penggandaan separa (menggandakan sebahagian kata dasar)
- Penggandaan berentak (menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu)
Contoh-contoh kata ganda yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Penggandaan penuh
-rekod-rekod
-negara-negara
-pahlawan-pahlawan
• Penggandaan separa
-kedua-dua
• Penggandaan berentak
-memburuk-burukkan


3. GOLONGAN KATA
Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:
A) Kata nama
B) Kata kerja
C) Kata adjektif
D) Kata tugas

3.1 Golongan kata nama
Golongan kata ini merangkumi sejum;lah perkataan yang boleh menjadi unsure inti pada binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama dipecahkan kepada beberapa sub-golongan, seperti:
-kata nama khas (manusia dan bukan manusia)
-kata nama am (abstrak dan konkrit)
-kata ganti nama (tunjuk dan diri)
Dalam artikel yang saya kaji, banyak terdapat golongan kata nama yang diguna. Antaranya:
• Kata nama khas
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
-Datok Bahaman
-Haji Mat Hassan
-Haji Abdul Rahman Limbong
• Kata nama am
- kesenangan
-keamanan
-kemerdekaan
-penjajahan
-keberanian
• Kata ganti nama
-ini, itu (ganti nama tunjuk)
-mereka (ganti nama orang ketiga)

3.2 Golongan kata kerja
Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi denti inti pada binaan frasa kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
-kata kerja tak transitif (tidak memerlukan penyambut)
-kata kerja transitif (menerima objek sesudahnya)
Antara kata kerja yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Kata kerja tak transitif:
-menyemai semangat patriotisme
-menyedarkan rakyat
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-terkenal dengan
-mengaplikasikan teori
-menentang penjajah
-menaikkan idealisme
-menyatupadukan bangsa
-mengekalkan perpaduan

3.3 Golongan kata adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata ini dibahagikan kepada lapan kumpulan berdasarkan maknanya, iaitu:
-kata adjektif sifat/keadaan
-kata adjektif warna
-kata adjektif ukuran
-kata adjektif bentuk
-kata adjektif pancaindera
-kata adjektif waktu
-kata adjektif cara
-kata adjektif perasaan
Banyak kata adjektif telah digunakan dalam artikel hasil karya Shukri Bin Janudin. Antaranya:
• Kata adjektif sifat/keadaan
-setia
-cintakan
- lemah
• Kata adjektif ukuran
- besar
• Kata adjektif waktu
- silam

3.4 Golongan kata tugas
Merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Kehadirannya penting dalam ayat kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Golongan kata ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
- kata hubung (Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat)
- kata praklausa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa)
- kata prafrasa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa)
- kata pascakata (Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan- perkataan tertentu)
Kata tugas banyak digunakan dalam artikel ini antaranya ialah:
• Kata hubung
- dan (gabungan)
- manakala, namun begitu, maka (pancangan keterangan)
- yang (pancangan dentity)
- untuk (pancangan komplemen)
• Kata praklausa
- apakah (kata tanya)
- maka (kata pangkal ayat)
- akan (kata bantu)
• Kata prafrasa
- adalah (kata pemeri)
- akan (kata Bantu)
- amat , memang (kata penguat)
- di, dalam (kata sendi nama)
- tidak (kata naïf)
• Kata pascakata
- kesimpulannya (kata penekan)

Wednesday, October 24, 2012


Kelebihan Puasa Hari Arafah

Kelebihan Puasa Hari Arafah
Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
muzir.wordpress.com
Rujukan:
  • Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.
  • Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.

Tuesday, July 3, 2012

AMALAN MALAM NISHFU SYA'BAN

MEMBACA YASIN 3 KALI DAN DO`A NISHFU SYA`BAN

Membaca doa Nishfu Sya’ban dilakukan setelah melakukan solat dua rakaat sunat, yang dikerjakan selepas selesai solat Maghrib. Pada rakaat pertama sesudah Al-Faatihah membaca surat Al-Kaafiruun, sedang pada rakaat kedua sesudah Al-Faatihah membaca surat Al-Ikhlaash, kemudian mengucapkan salam. Setelah solat selesai, dianjurkan membaca surat Yaasin  sebanyak tiga kali, dengan niat sebagai berikut:

Pada bacaan yang pertama diniatkan untuk memohon panjang umur yang semata-mata hanya untuk beribadah kepada Allah Swt.
Pada bacaan surat Yaasiin yang kedua diniatkan memohon rezeki yang banyak lagi halal untuk beribadah kepada Allah Swt.
Pada bacaan Yaasiin yang ketiga diniatkan memohon keteguhan iman.
Setiap kali selesai membaca yasin, baca do`a berikut:

اللهم ياذا المن ولا يمن عليه ياذا الجلال والإكرام ياذا الطول والإنعام..لا إله إلا أنت ظهر اللاجئين وأمان المستجيرين وأمان الخائفين اللهم إن كنت كتبتنى عندك فى أم الكتاب شقياً أو محروماً أو مطروداً أو مقترا على فى الرزق.. فأمح اللهم بفضلك شقاوتى وحرمانى وطردى وإقتار رزقى واثبتنى عندك فى أم الكتاب سعيداً مرزوقا موفقا للخيرات.. فإنك قلت وقولك الحق فى كتابك المنزل على لسان نبيك المرسل يمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب.. إلهى بالتجلى الأعظم فى ليلة النصف من شهر شعبان المكرم التي يفرق فيها كل أمر حكيم ويبرم.. أن تكشف عنا من البلاء ما نعلم وما لا نعلم وما أنت به أعلم إنك أنت الأعز الأكرم.. وصلى الله علي سيدنا محمد النبى الأمى وعلى آله وصحبه وسلم

Do`a Nisfu Sya`ban Versi Gambar

`a Nisfu Sya`ban Versi Gambar
doa Nisfu Syaban Membaca Yasin 3 Kali dan Do`a Nishfu Sya`ban


Do`a Nisfu Sya`ban
Artinya:
“Ya Allah, Tuhan yang maha memberi dan tak ada yang sanggup membalas pemberian-Nya, ya Tuhan yang Maha Agung dan Mulia dan yang Maha Pemurah memberi nikmat-nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Engkau yang menolong orang- orang yang memohon pertolongan dan melindungi orang-orang serta mengamankan dari sekalian yang dikhawatirkan dan ditakuti. Ya Allah andai kata telah ditakdirkan di sisi Mu akan daku dalam buku Azaly, bahwa aku celaka dan sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku maka hapuskanlah (apa-apa yang tercatat/ tertulis dalam buku Azaly itu) dengan kemurahan- Mu. Dan tetapkanlah di sisi-Mu dalam buku Azaly itu (tukarkanlah akan keadaan di azalyku itu) dengan kebahagiaan lagi memperoleh rezeki yang dipergunakan untuk kebaikan, sesungguhnya Engkau berkata dan kata- kata-Mu adalah benar; sebagaimana tercantum di dalam Kitab-Mu yang Engkau turunkan atas lisan Nabi-Mu yang diutus ( Muhammad saw.), “Yakni dihapuskan Allah barang yang dikehendakinya (perkataan/pernyataan yang menyimpang) dan ditetapkan-Nya di sisi-Nya di Azaly”. Ya Allah dengan keagunganMu pada malam Nisfu Sya’ban yang mulia / berkat ini, yang memisahkan kepadanya tiap-tiap perkara/keadaan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, hindarkan ya Allah kami dari bala’i/musibah yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan Engkaulah yang lebih mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Pemurah”.

Wednesday, June 6, 2012

GAYA BAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BAHASA MELAYU
Konsep Gaya Bahasa

Keris Mas (1988)= cara atau ragam bahasa yang
digunakan, khususnya dalam tulisan atau karangan
Nik Safiah ( 1988) menyatakan bahawa gaya bahasa
bermaksud cara mengungkapkan bahasa, iaitu cara bertutur dan menulis

Gaya bahasa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penguasaan kosa kata, kepekaan terhadap nada-nada yang ada pada bahasa serta di dalam struktur dan keseimbangan ayat-ayat yang dihasilkan.

Cntohnya :
Sebuah karya yang dihasilkan mengandungi banyak unsur bahasa perlambangan akan menghasilkan gaya yang berbunga-bunga.
Di dalam sebuah laporan pula ia melakukan satu penyelidikan saintifik yang jelas, terus terang, penuh dengan fakta dan memiliki bentuk gaya bahasa yang tersendiri.

Kesimpulannya :
Walau apa pun gaya yang digunakan, hasilnya akan terpancar di dalam perkataan yang dipilih.,ayat yang dibina, dan perenggan-perenggan yang dihasilkan. Kesemua ini ditentukan oleh susunan perkataan, tanda bacaan atau pada jenis ragam ayat yang digunakan

Gaya bahasa terbahagi kepada dua iaitu ;

Bahasa lisan
Tulisan ( prosa dan puisi )

Gaya lisan
Gaya bahasa yang digunakan untuk bercakap.
Za’ ba (1965) membahagikan gaya lisan itu kepada gaya mulut, gaya yang digunaka oleh orang melayu apabila bercakap dengan orang melayu dan bahasa pasar, apabila orang melayu bercakap dengna orang yang bukan melayu seperti India, dan Cina.
Ciri-ciri utama cakap mulut ialah susunan ayatnya mudah, ayat-ayat ringkas, perkataan terpotong-potong dan kadang-kadang perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam bahasa tulisan

Contoh :
Gaya cakap mulut
“ Adik! Mama tak suka macam tu....... tak baik lokek
“Ma, kata cikgu Angah kan, orang lokek Tuhan tak suka.”
Contoh:
Bahasa pasar
“Dulu bulan encik belum kasi,ini bulan juga belum.Sekarang bulan madu habis, apa macam?”

Gaya tulisan
Cara bahasa yang digunakan dalam karangan, dan penulisan.
Nik Safiah Karim (1988), gaya tulisan memperlihatkan ciri-ciri kesempurnaan yang memntingkan usur-unsur morfologi dan sintaksis

Contoh :
Rencana
Ilmiah
Berita


Bahasa kiasan

Za’ba =bahasa yang menyatakan sesuatu perkara yang mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut atau tidak bandingan diantaranya.Bahasa ini juga merupakan ungkapan pengucapan yang halus dan dapat meningkatkan imej seseorang apabila menggunakannya.

Jenis bahasa kiasan

Kiasan asal= kiasan yangmenyebut bandingan secara terang-terangan
Contoh :
Matanya bersinar seperti bintang timur

Kiasan berpindah = kiasan yang tidak menyebut bandingan sebaliknya memindahkan perkara yang dimaksudkan kepada bandingan sahaja.

Contoh jenis kiasan berpindah
Kiasan bersandar : mandi kerbau ,
Kiasan terus: ayam tambatan
Kiasan berangkap:sebab mult santan binasa
Sebab mulut badan binasa
Kiasan berbunga: selimut kemalasan
Kiasan pemanis: buang air besar
Kiasan melompat: mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Kiasan melarat: mangarang bunga

Ragam Bahasa

Ragam bahasa yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan sesuatu hasrat dalam pelbagai situasi. Penggunaan sesuatu ragam bahasa adalah mengikut konteks dan bersesuian pula dengan orang yang terlibat dalam interaksi tersebut. Hal ini bermakna sesuatu perbincangna bukan sahaja diinterprestasikan menurut apa-apa yang tersurat bahkan yang tersirat.
Di samping bahasa yang digunakan, nada atau intonasi suara, turun naik suara, dan pengulangan kata-kata tertentu juga memainkan peranan penting. Unsur-unsur ini hadir kerana bahasa mempunyai banyak ragam dan neka ragam inilah yang membezakan pertuturan setiap penutur

Jenis-jenis Ragam bahasa

Bahasa pembenar

Ilah mengiyakan atau mengesahkan sesuatu keterangan atau kenyataan. Ini bermakna kata pembenar ialah kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan.Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul. Ayat yang boleh dibina berdasarkan kata-kata tersebut adalah berbentuk ayat penyata.

Kata pembenar juga digunakan untuk menjawab atau menegsahkan sesutau kenyataan dalam ayat tertutup.Kta pembenra juga digunakan dalam ayat seruan

Contoh:
“Ya, itulah yang saya mahu.”

Bahasa nafi
Menafikan sesutau bererti menolak , menidakkan , tidak mengakui dan menyangkal. Dalam bahasa melayu, perkataan yang menandai penapian ialah seperti tidak bukan, belum tentu, tidak mungkin, belum diketahui dan sebagainya

Contoh :
“ Bukan senang hidup dirantau orang.”


Bahasa Templak

Ragam bahsa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan yang sudah-sudah oleh orang tertentu.

Za’ba menyifatkan bahasa tempelak sebagai hendak memulangkan paku buah keras atau membalikkan cakap kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awal-awalnya lagi.

Bahasa tempelak ini berlaku kerana sikap sesetengah orang yang pda mulanya tidak kuasa untuk bertengkar bersikap merendah diri dan suka menyimpan sesuatu perasaan dalam diri sendiri.

Contoh :
“waktu kau mewah dulu, kau tidak beringat untuk menyimapan duit. Sekarang apa dah jadi ? Duit simpanann tidak ada, apa yang hendak kau makan ?”


Bahasa Sindiran

Sindiran ialah perkataan yang digunakan untuk mengata, mengeji, mengejek dan mencela seseorang tetapi tidak dengan terus terang. Bahasa yang digunakan tidak disebut dengan tepat , hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara terus terang.Orang yang disindir akan terasa sekiranya ia faham akan maksud sindirana tersebut
Semua belaku secara tidak terus terang dan engan tujuan tidak mahu melukakan hati orang lain secara langsung. Dengan menggunakan susunan kata yang teratur dan bahasa yang beragam, sindiran dapat berperanan dalam menyedarkan orang yang disindir

Contoh :
‘ siapa makan cili dialah terasa pedasnya.”

Bahasa menggiat
Za’ba mengtakrifkan bahasa menggiat sebagai ragam yang tidak tepat, seakan-akan sindiran juga tetapi tidak berkias. Maksud kata-kata yang diucapkan itu sekadar mengusik, kadang-kadang untuk bersenda sahaja dan adakalanya bersungguh-sungguh betul sehingga boleh menerbitkan perasaa malu orang yang kena giat

Contoh:
‘Amboi, besarnya hati teman kita ni, nak jadi pensyarah konon!’


Bahasa mengejek
Bahasa yang digunakan untuk berkata kepada seseorang atau kumpulan orang menggunakan perkataan yang tepat. Gaya bahasa yang digunakan menunjukkna keburukannya serta mempermainkannya dengan tujuan menampakkan kebodohan orang tersebut. Atau mensiakan-siakan hasratnya supaya ditertawakan oleh orang lain. Biasanya orang yang ditujukan kata-kata itu akan berasa marah atau sakit hati kepada orang yang mengejeknya

Contoh :
‘ Cakap sahaja hendak tolong orang miskin, tetpi yang dapat bantuan, pinjaman, malahan biasiswa dan dihantar belajar keluar negeri ialah anak-anak orang berada.”

Bhasa terbalik

Ungkapan yang berlawanan daripada maksudnya tetapi orang yang masih dapat difahami.
Contohnya:
‘ ha buat apa kamu balik? Elok tidur sahaj dipadang itu. Jangan balik-balik lagi kerumah .”


Bahsa herdik

Ragam bahasa yang digunakan untuk memaki hamun atau untuk menengking seseorang terutamanya orang yang tidak disukai. Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi dan keras. Perasaan marah yang dimaksudkan digambarkan melalui perkataan yang dituturkan selain gambaran melalui perbuatan mimik muka dan tingkah laku yang ditujukan kepada seseorang kerana perbuatan dan perilaku yang kurang disenangi.

Za’ba (1965)

Mengatakan bahawa bahasa herdik seakan-akan bahasa tempelak juga tetapi tujuannya adalah untuk menyatakan kesalahan pada masa itu, bukannya pada masa silam. Bahasa herdik merupakan kecaman atau gamabaran rasa marah dengan tidak berselindung atau secara terbuka kerana orang yang dilawan bercakap itu melakukan kesalahan. Bahasa ini dilafazkan seakan-seakan mengejek dan berharap orang yang mendengar faham akan maksudnya.

Contoh :iada kerja, melalak pula

“ lebih baik awak keluar dari rumah ini. Sudahlah t iada kerja, melalak pula tu. Memekak sahaja....”

Bahasa melampau atau kasar

Ragam bahasa melampau ialah bahas ayang digunakan oleh seseorang secara brlebih-lebihan. Contohnya kalau kiat memarahi seseorang, tidak cukup dengan kita mengherdik, menyindir atau menempelak, tetapi juga memaki hamun atau mengada-ngadakan sesutua sematmata untuk menjatuhkan maruah atu memalukan orang itu. Tindakan yang berleih-lebihan itu disebut sebagai melampau

Contoh:
“ Dia itu dahlah badan macam gajah, otak macam lembu, pemalas pulak tu.’

Bahasa ingkar
Bahasa yang ingkar ialah bahasa yang disusun secara pertanyaan tetapi bukannya pertanyaan yang meminta dijawab oleh pendengar. Pertanyaan itu seolaholah mengejek kerana hendak menguatkan benarnya menguatkan benarnya jawapan jawapan yang sudah diketahui atau tyang maksudnya sudah tentu.

Contoh
“ Hendak membiarkan pihak kilang itu mencemarkan alam sekitar? Sampai bilakah kita hendak melihat kampung halaman kita dicemari.”

Bahasa naik

Menurut Za’ba (1965 )
Bahasa aik ialah satu ragam bahasa yang bertujuan membawa emosi pembaca secara beransur-ansur dari persoalan yang kendur kepada persoalan yang lebih tegang

Dengan menggunakan bahasa naik seseorang penutur atau penulis tidak terus mengungkapkan tujuan yang sebenar.
Perbicaraan akan dimulai dengan persoalan yang berkaitan. Namun persoalan tersebut tidak gamabatran kepada persoalan yang seterusnya dan sedikit demi sedikit akan menjelaskan maksud sebenar

Contoh :

‘Sudahlah seklah kerajaan sediakan, gaji guru-guru pun kerajaan yang membayarnya, buku-buku sekolah pun kerajaan yang sediakan, bukan itu sahaja, baju dan kasut pun kerajaan sediakan.’


Bhasa turun

Bahasa yang menggambarkan satu permulaan yang penuh ketegangan atu klimaks, dan kemudiannya mulai turun sedikit demi sedikit dan akhirnay kembali kepada keadaan yang normal. Pada hari ini bahasa turun masih digunakan bukan sahaja sebagai alat hiburan, sindiran, dan komunikasi lisan, tetapi juga digunakan meluas dalam bidang penulisan kreatif

Contoh :

Malang benar nasibnya, mula-mula rumahnya dianda banjir, barang-barang yang ada dicuri orang pula, kemudian orang gajinya pula melariakn diri, akhir sekali kucing kesayangnya dilanggar kereta.

Bahasa besar
Bahasa besar atau melampau berlaku apabila seseorang sengaja memperbesarkan keterangan tentang sesutau perkara. Ebolehan atau fizikal sesorang. Ragama bahasa begini banyak terdapat dalam hikayat-hikayat melayu lama seperti cerita-cerita penglipu laraContohnya ketika mengisahkan perwatakan seseorang puteri pengisahnya amat menakjubkan seperti pipinya pauh dilayang dan bibirnya elima merkah.Gya bahasa yang digunalan untuk menunjukkan seorang gadis kayangan yang tidak terperi cantiknya

Dalm laras bahasa iklan juga menguunakan bahasa besra untuk menunjuknna kehebatan dan ketinggian mutu barangan dan perkhidmatanyya yang hendak ditawarkan kepada pengguan
Cononhnya:
Ratap tangisnya boleh meruntuhkan langit

Bahasa kecil
Bahadsa yang menyifatkan satu perkara kecil dengan tujuan untuk merendahkan diri. Dalam masyarkat melayu bahasa kecil banyak digunakan dalam kehidupan seharian.Penggunaan bahasa kecil ni menggambarkan bagaimana anggota dalam masyarakat melayu menjaga hubungna sesaman sendiri apabila saling berkomunikasi. Ini dapat digambarakan keharmonian anggota masyarakat dan penghormatan dalam sesuatu komuniti

Contoh

Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.

Peribahasa
Za’ba mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap yang pendek, yang telah lekat di mulut orang ramai sejak zaman-berzaman.
Susunan bahasa yang indah dan mearik diturtutkab oleh orang melayu terutama sejak bebrapa lama dahulu. Peribahasa lahir daripada rasa dan pengalaman hidup yang ditempuh ileh masyrakat melayu lama.Peribahsa juga melambnagkan perwatkan sesuatu masyrakat
Peribahasa mengandungi nasihat dan menjadi teadan pengajaran dan perbandingan kepada masyrakat dalam meneruskan kehidupan harian mereka
Peribahasa dikatakan berasal daripada pertuturan cerdik pandai hasil renungan mereka terhadap sesuatu kejadian.

Simpulan bahasa
Perkataan atau kelompok kata yang tertentu uuntk menunjukaan sesuatu maksud yang berlainan daripada erti yang sebenar. Kamus Dewan mentakrifkan simpulan bahasa adalah rangkaian perkatan yang mempunyai maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat

Contoh “
Ringan tulang
Tangkai jering

Perumpaman
Perataan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakna perkataan seperti, umpama, laksana, macam dn bagai

Conoh :
Seperti bangau kasihkan kerbau
Umpama cincin dengan permata

Pepatah

Za’ba (1965)
Pepatah ialah perkataan yang pendek-pendek dan terkerat-kerat susunannya, ungkapan bahasa yang padat dan ringkas
Kata-kata tersebut memberi pengajaran dan nasihat.
Ada juga orang menyamakan pepatah dengan bidalan atau perumpamaan. Walaupun begiti za’ba menyatakan perbezaan . Pepatah lebih memberatkan tentang sifat ringkasya, bijak perkataanya dan benar pengajarannya

Contoh ;
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur-urai.


Bidalan
Di dalam Bahasa Melayu (2002) Penerbit Fajar Bakti mengatakan bahawa bidalan ialah sejenis peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu apa yang dikatakan itulah yang dimaksudkan.
Bidalan ialah kalimat-kaima singkat yang mengandungi sesuatu yang membayangkan sindiran dan kiasan daripada hasil ciptaan masyarakat melayu. Bidalan menjadi sebutan orang sebagai perbandinagn, teladan dn pengajaran

Contoh:
Biar lambat asalkan selamat

Perbilangan
Menurut Za;ba perbilangan ini seakan-akan bidalan dan pepatah, hanya berbeza sedikit dari segi bentuk susunanya.
Ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga khususnya masyarakat yang mengamalkan adat pepatih terutamanya di Negeri Sembilan. Dalam adat pepatih peribahasa ini disebut sebagai perbilangan kerana cara menyebutkan puisi itu seolah-olah seperti membilang. Perbilangan merupakan peraturan atau perundangan hidup pemakainya atau masyarakatnya.

Contoh ;
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat

Lidah pendeta
Dicirikan oleh ayat yang mengandungi unsur hemah atau kebijaksanaan. Maknanya mudah difahami, tetapi jika direnung maknanay lebih luas lagi. Menurut Za’ba (1965) lidah pendeta tidak terkenal dan terpakai oleh orang ramai. Lazimnya lidah pendeta dipetik daripada buku dan sastera atau daripada percakapan orang yang bijak-bijak

Contoh “
Tidak ada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata
(Hussein Onn, Seribu Satu Malam )


Tamsil

Misalan yang dalamnya terkandung pengajaran tentang sesuatu perkara. Dalam kesusasteraan tamsil bermaksud misalan berkias, pepatah, bidalan atau pengumpamaan dan ibarat yang memberikan teladan, pengajaran dan asebagainya. Tamsil juga merupakan sejenis kiasan yang membuat perbandingan dengan terang sama ada dalam bentuk yang ringkas atau panjang. Biasanya tamsil mengandungi pengajaran dan teladan yang dapat menjadi oanduan padapendengar atau pembacanya

Contoh :
Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung


Ibarat

Mempunyai makna berlapis dan sering digunakan untuk menyndir. Biasanya perkataan ibarat itu sendiri digunakan sama ada pada awal atau pun pada tengah ungkapannya

Contoh ;
Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.
Ibarat ungguk rindukan bulan


Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat uatam dengan satu atau beberapa ayat kecil atau klausa kecil lain yang dipancangkan didalamm ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat atau klausa induk dapat berdiri sendiri, tetapi ayat atau klausa kecil tidak.
Dlam bahasa melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan yang ditentukan oleh cara pembentukkannya dan jenis ayat yang dipancangkan .
Jenis-jenis itu ialah :

Ayat majmuk pancangn relatif
Ayat majmuk pancangan komplemen
Ayat majmuk pancangan keterangan

AYAT MAJMUK PANCANGNA RELATIF

Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kata hubung relatif yang, yang digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk. Contohnya:Saya menbaca buku yang ditulis oleh Keris mas

Ayat di atas terdiri daripda dua klausa, iaitu
a) Saya membaca buku ( klausa induk )
b) (buku ) ditulis oleh keris mas.

Klausa (b) yang dipancangkan ke dalam klausa (a) mempunyai subjek yang sama (buku ) dengan objek dalam klausa (a). Apabila ayat (a) dan (b) dicantumkan, perkataan buku dalam klausa kecil digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang. Proses ini dapat digambarkan seperti berikut :

Langkah pertama : saya membaca buku + buku ditulis oleh keris mas
Langkah kedua : Saya membaca buku + buku ditulis oleh keris mas
Langkah ketiga : Saya membaca buku yang ditulis oleh keris mas

Contoh ayat lain
Dia mengambil baju yang berwarna biru
Lelaki yang baru tiba itu abang Ali
Taklimat yang disampaikan oleh pengurus syarikat itu sungguh menarik

Perhatian ;
Dalam ayat (2) klausa kecil dipancangkan ke dalam predikat ayat, dan bertugas sebagai objek. Sebaliknya dalam ayat (3) dan (4) kalusa relatif dipancangkan ke dalam subjek ayat


AYAT MAJMUK PNCANGNA KOMPLEMEN

Ayat majmuk ini ialah ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan kalusa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk. Beberpa kata hubung digunakan lazimnya untukmencantumkan kalusa kecil dengan klausa induk. Yang palng lazim ialah bahawa dan untuk seperti yang digunakan dalam contoh-contoh berikut

Wanita itu mengatkan bahawa suaminya tidak ada dirumah
Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah dikawasan itu

Jika dianalisis ayat (1) terdiri daripada dua klausa iaitu (a) Wanita itu mengatakan (sesuatu ) yang merupakan kalusa induk dan (b) Suaminya tidak ada di rumah, Yang merupakan klausa kecil yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapi kata kerja transitif mengatakann. Kedua-duanya klusa ini dicantumkan dengan kata hubung komplemen bahawa
Demikinan juga, dalam ayat (2) terdapat kalusa induk (a) (sesuatu 0 tentulah tidak wajar dan klausa kecil (b) mereka mendirikan rumah dikawasan ini. Kedua-dua kalus ini dicantumkan denag kata hubung komplemen untuk.


Jenis ayat komplemen
Ayat komplemen frasa nama
Ayat komplemen frasa kerja
Ayat komplemen farasa kerja

Ayat komplemen farsa nama

Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat iaiutu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sip. Tetapi ayat-ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan sebagai ayat komplemen frasa nama objek tepat.

Contohnya :

Ayat komplemen farasa nama
 Bahawa Islam menjaminkan keadilan memanglah jelas
 Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah
 Dakwaan bahawa ali menipu tidak benar

Ayat komplemen frasa nama objek tepat
 Rakan asaya menafikan bahawa dia terlibat dengan kejadian itu
 Kami mengakui bahawa peristiwa itu tidak patut berlaku
 Baerita itu menyebut bahawa serama 200 orang telah terselamat

Ayat komplemen frasa kerja
 Para peserta kursus berpendirian bahawa ujian yang diberikan amat sesuai
 Mereka berharap bahawa kursus tersebut telah membawa manfaat
 Pihak pentadbiran bersetuju bahawa cadnagn itu sangat baik

Semua kata kerja dalam klausa induk terdiri daripada kata kerja tak transitif


Ayat komplemen frasa adjektif
Saya sangat yakin bahwa rancangan itu akan berjaya
Mereka amat sedar bahawa cadangan itu mungkn akan di tolak
Para pelajar percaya bahawa usaha mereka akan membuahkan hasil


Dalam semua ayat komplemen kata hubung komplemen bahawa boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau kegramatisan ayat. Kedua-dua ayat berikut, msalnya adalah betul

Contoh

Saya sangat yakin bahawa rancangan itu akan berjaya
Saya sangat yakin rancangan itu akan berjaya

Perhatian :
Perhatikan bahawa ialah kata hubung komplemen dan tidak boleh ditukar ganti dengan kata hubung relatif, yang. Ayat berikut, misalnya, tidak dianggap baku

“Saya yakin yang rancangan itu akan berjaya

Ayat majmuk pancangna keterangna

Ayat majmuk jenis ini ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu klausa induk dan satu klausa kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keteranagn kepada predikat.

Contoh :
Imran telah besar semasa saya meninggalkan kampung itu
Saya akan berpuasa tujuh hari sekiranay saya berjaya dalam ujian itu

Jika dianalisis ayat pertama, kelihatan bahawa klausa induknya ialaha (a)Imran telah besar, manakala klusa kecil keteranagn ialah (b) saya mennggalkan kampung itu. Kedua-dua kalusa ini dicantumkan dengan kata hubung keterngan semasa

Demikian juga, dalam ayat kedua, klausa induknya ialah (a) saya akan berpuasa tujuh hari dari klausa kecil keterangan (b
) saya berjaya dalam ujian itu. Kata hubung keteranagn yang menghubungkan klausa induk dengan kalusa keternagan ialah sekiranya

Perhatian :
Lazimnya kalusa induk mendahului klausa keterangan. Namun begitu, klausa keterngan boleh hadir di hadapan klausa induk Ayat (1) dia atas, mislanya, boleh juga menjadi ayat (1a) yang berikut

Semasa saya meninggalkan kampung itu, Imran telah besar

Apabila ini berlaku, koma(,) lazimnya hadir selepas klausa kecil

Jenis Ayat Keterangan

Ayat-ayat keternagan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya, terdapat sembilan jenis ayat majmuk keternagan seperti yang dihuraikan dibawah

Ayat keterngan musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keternagan musabab ialah kerana, lantaran, dan oleh sebab

Contohnya :
Mereka berjaya kerana mereka berusaha
Lantaran bermain mercun buatan sendiri, Jamil kehilangan dua batang jarinya
Dia kalah dalam pertandingan itu oleh sebab lawannya lebih cekap

Ayat keterngan akibat
Keteranagn akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keternagan akibat ialah hingga dan sehingga

Contohnya :

Ia bersorak sungghu kuat hingga serak tekaknya
Mereka mencuba sedaya upaya sehingga tercapai cita-cita mereka

Ayat keternagna syarat
Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keternagan ialah sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan harus

Contohnya;
Andai kata kita gagal, kit akan mencuba lagi
Mereka akan terus berjuang sekiranya diperlukan oleh negara dan bangsa
Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi

Ayat keternagna waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keternagn waktu ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, semasa, semnetara, tatkala dan ketika

Contohnya :
Serangan ke atas musuh dibuat setelah semua rancanagn tersusun
Sementara menanti padi masak, petani itu menanm jagug
Ttatkla hujan renyai-renyai mereka berlepas dengan bas

Ayat keternag pertentangan

Keternagn pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keternagna pertentangan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walaubagaimanapun, namun, sekalipun,dan sedangkan

Contoh :
Meskipun hujan mula turun, perlawanan itu masih diteruskan
Mereka tetp meneruskan perjalanan biarpun cuaca semakn buruk
Sekalipun dia sudah berumur, dia masih ingin belajar

Ayat keterngan harapan
Keterngan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajtai. Kata hubung keternagan harapan ialah supaya, agar, semoga, mogamoga dan kalau-kalaun

Contohnya ;
Kita mesti beriktiar agar tecapai cita-cita
Supaya semua orang dapat mendengar, ceramah itu dipindahkan ke dewan besar
Cuba bertanya kepada pemuda itu kalau-kalau dia tahu jalan ke rumah Pak Ali.

Ayat keternagn cara
Keteranagn cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah seauatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keternagn cara ialah dengan

Contohya
Pekerja kilang itu dibawa ke dewan pameran dengan menggunakan bas

Ayat keternagn tujuan
Keternagn tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesauatu pebuatan atau kejadiab. Kat hubung keterngan tujuan ialah untuk , demi dan bagi

Contohnya :
Kta hendaklah jimat berbelanja untuk menjaga keadaan kewangan kita
Demi kebakaikan semua pihak marilah kita berkerjasama
Mereka berusaha sedaya uapaya bagi menjayakan rancangan tersebut

Ayat keterngan perbandinagn
Keterangna perbandingan ialah unsur yang menernagkan kejadian yang menjadi persamman . Kta hubung keterngan perbandingan ialah seperti macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak

Contohnya :
Dia kebingunagn seperti rusa masuk kampung
Pemuda itu sentiasa menagelamaun macam pungguk menrindui bulan
Orang ramai bersorak sekan-akan halilintar membelah bumi

Sunday, April 29, 2012

NAMA: FAUZIAH BINTI ALI
NOMBOR MATRIK : D20111049573
AMBILAN :SEPTEMBER 2011
EMAIL:D049573@siswa.upsi.edu.my
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (DENGAN KEPUJIAN)
INSTITUSI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Jumlah Pelawat